Site icon Mandailing Online

IMAMI Malaysia Upayakan Pemindahan Rumah Warisan Sutan Naposo

Rumah Sutan Naposo di Kuala Lumpur dalam dua masa

KUALA LUMPUR (Mandailing Online) – Ikatan Mandailing Malaysia-Indonesia (IMAMI) sebuah organisasi suku kaum Mandailing yang berdaftar di Malaysia dan juga di Indonesia, telah mengadakan Musyawarah Agung Dwitahunan Perwakilan IMAMI 2017 di aula Seri Amar, Fakultas Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universitas Putra Malaysia (UPM), Serdang, Sabtu (11/3).

Dalam musyawarah besar itu, para perwakilan telah berbulat suara bersetuju supaya IMAMI mengambil langkah dan peranan yang serius dalam usaha membantu pemindahan dan pembangunan ulang rumah warisan Sutan Naposo atau di Malaysia juga dikenali sebagai Sutan Puasa, yang sebelum ini terletak di No. 41, Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Rencananya dipindahan ke kawasan Universitas Putra Malaysia.

Rumah tersebut didirikan pada 1926 oleh Raja Mangatas atau nama sebenar Jaafar Sutan Sinombar, anak saudara dari Sutan Naposo, iaitu tokoh Mandailing yang membuka dan pendiri Kuala Lumpur.

Para perwakilan juga memberi mandat penuh kepada Jawatankuasa Pusat IMAMI untuk melaksanakan setiap keperluan berkaitan urusan pemindahan rumah itu ke lokasi yang sesuai.

Selain itu, Musyawarah Pertama Jawatankuasa Pusat IMAMI 2017, yang dipengerusikan oleh Dato’ Ahmad Tamimi Siregar Bin Kamaruddin telah memutuskan hal-hal berikut:

(i) Melantik Timbalan Presiden IMAMI, Profesor Madya Dr. Mohd. Sharifudin Yusop Lubis dan Ahli Jawatankuasa Pusat IMAMI (AJK Pusat), YBhg Dato' Habibah Zon Lubis untuk berunding dengan pihak UPM bagi rencana permohonan menempatkan rumah tersebut di Muzium Warisan Melayu UPM yang diuruskan dan terletak di Fakultas Bahasa Moden & Komunikasi (FBMK) UPM. Prof. Madya Dr. Mohd. Sharifudin Lubis adalah pensyarah di Jabatan Bahasa, fakultas tersebut manakala Dato' Habibah Lubis adalah bekas Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.

(ii) Melantik Penolong Setiausaha Agung IMAMI, Hajjah Hafizah Kamaruddin Lubis untuk mengadakan perundingan dan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk pembeli tapak rumah tersebut, keluarga dan semua pihak berkaitan.

(iii) Mengambil pendirian tegas bahwa rumah tersebut yang didirikan oleh Raja Mangatas keturunan tokoh pengasas Kuala Lumpur, Sutan Naposo atau Sutan Puasa, SANGAT PENTING UNTUK DISELAMATKAN kerana ia adalah sebahagian sejarah dan warisan pembukaan dan pemukiman terawal di Kuala Lumpur.

Pihak IMAMI sebagai organisasi yang salah satu fokusnya memperjuangkan sejarah, seni dan budaya orang Mandailing di Malaysia, ingin menyatakan komitmen kuat dalam menyelesaikan isu ini sehingga tuntas, lebih-lebih lagi ia telah menjadi isu nasional yang melibatkan perbincangan rakyat pelbagai kaum di seluruh negara.

Pihak IMAMI juga sangat menghargai kerjasama tulus ikhlas pihak-pihak berkaitan khususnya Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Jabatan Warisan Negara dan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mewujudkan rencana pemindahan dan pemeliharaan rumah tersebut yang merupakan SUATU ASET BESAR NEGARA karena ia melibatkan sejarah pembukaan Kuala Lumpur.

Sumber : Rilis Pers IMAMI Malaysia

Editor/penerjemah : Dahlan Batubara

Comments

Komentar Anda

Exit mobile version