Site icon Mandailing Online

Makna Lambang IMAMI

KUALA LUMPUR (Mandailing Online) – Satu organisasi baru yang menyatukan etnis Mandailing lintas dua negara telah terbentuk. Namanya Ikatan Mandailing Malaysia Indonesia (IMAMI) yang dibentuk di Malaysia oleh para tokoh Mandailing yang ada di Malaysia dan tokoh Mandailing dari Tanah Leluhur, Sumatera, Indonesia, bulan Juni 2014.

Berdasar Anggaran Dasar IMAMI Pasal 18 tentang makna lambang organisasi:

1. Tulisan “Ikatan Mandailing Malaysia-Indonesia” yang membentuk separuh bulatan di bagian atas merujuk kepada nama penuh organisasi ini yang akan memayungi gerakan, usaha dan program-program untuk mempererat hubungan masyarakat kaum Mandailing di Malaysia dan Indonesia.

2. Pecahan dua jalur separuh bulatan yang tercantum di bawah logo ini, yaitu di sebelah kiri terdapat empat jalur yang berwarna biru, kuning, merah dan putih (dari luar ke dalam) serta di sebelah kiri dan di sebelah kanan pula dua jalur berwarna merah dan putih (dari luar ke dalam) melambangkan warna-warna dalam bendera Malaysia dan Indonesia. Ini sekali gus melambangkan tekad organisasi ini untuk mempererat hubungan dan jalinan kerjasama antara kaum Mandailing di Malaysia dan Indonesia.

3. Tiga segi tiga sama, yaitu di bagian atas terdapat segi tiga sama berwarna kuning bertulisan MORA, di bawah kiri segi tiga sama berwarna hitam bertulisan KAHANGGI dan di bagian bawah kanan segi tiga sama berwarna merah bertulisan ANAK BORU dan di tengah-tengah cantuman ketiga-tiga segi tiga sama itu berwarna putih-merujuk kepada konsep Dalihan Na Tolu atau Tungku Yang Tiga dalam kehidupan hakiki masyarakat Mandailing.

Secara abstrak, setiap orang mempunyai peranan atau posisi dalam ketiga-tiganya, iaitu sebagai MORA (keluarga pemberi anak gadis), KAHANGGI (kerabat atau sanak-saudara satu marga/satu nama keturunan keluarga), dan ANAK BORU (keluarga penerima anak gadis). Dalam adat suku kaum Mandailing, kekerabatan/persaudaraan diikat oleh Dalihan Na Tolu membentuk ikatan rasa “sahancit sahasonangan dan sasiluluton sasiriaon” atau “sakit senang dirasakan bersama”.

4. Tulisan “IMAM-I” di bawah ketiga-tiga segi tiga sama itu merujuk kepada kependekan atau akronim untuk Organisasi ini.

5. Latar belakang berwarna biru cantuman separuh bulatan dan separuh anak panah dengan sasaran ke atas, melambangkan kedudukan geografi masyarakat suku Mandailing di Malaysia dan Indonesia yang dipisahkan oleh samudera atau lautan Selat Melaka tetapi mempunyai satu cita-cita, satu matlamat, satu azam, satu tekad dan satu iltizam, iaitu untuk sama-sama bergandingan ke arah kekuatan perpaduan, kemantapan ukhuwah dan kehebatan silarutahim antara kedua-dua pihak selain sasaran untuk memajukan masyarakat di kedua-dua pihak dalam segenap bidang.

Sumber : IMAMI
Redaktur: Dahlan Batubara

Comments

Komentar Anda

Exit mobile version